Breaking News
Loading...
Sunday, November 4, 2012

Info Post
Matanya tekun menghadap skrin Pavilion g4. Earpiece sedang menjerit Teman Penganti -Black & Malique. Ehhh... Tak boleh lah aku dengar lagu cam ni.. menyesakkan otak fikiran aku aje. Laju jarinya menekan punat to the next song.

"Knok knok"
"Ye, nape?" Tanpa memandang ke arah pintu Aie menjawab.
Kak Aieeeee..." Aduh suara adikku yang manja ni merengek dua tiga empat harakat ni mesti nak suruh orang buat benda untuk dia.
"Nak apa, budak?"
"Kek batik hujung minggu ni okay?"
Tersentap.Tanpa sedar, jarinya menekan pelipis. Lala dah bentangkan surat khabar di depan mata. Resipi membuat Kek Batik. Nape tersentap, Aie? Tak reti buat ke? Maunya tak reti.. selama ni dah berapa puluh kali buat kek batik. Dan budak ni tunjuk resipi gaya macam aku tak reti je. Tapi... nape kau terdiam, Aie?
"Balance coklat masakan yang buat biskut minggu lepas ada lagi, kan? Cukup dah kut.. Milo nanti Lala suruh ma top up lagi. Alang-alang buat kek batik, kita buat dadih jagung nak? Powder dia ada dekat separuh lagi kan? Mengidam tahap petala kelapan dah Lala tau," bebel si Lala. Tapi Aie still diam.

Apekehal kakak aku ni dia macam kena sampuk je ni? Eeee takut aku. "Aie!"

Tersentak.

"Akak ada hal hujung minggu ni."
"Hal? Akak keluar ke?" sebelah kening Lala naik seinci.
"Dak.. Nanti tolong akak, tau. Akak nak pindah,"
"Ha?! Pindah rumah?" dua-dua keningnya terangkat.
"Ish budak ni..." kepala adiknya diluku perlahan, "akak nak pindah bilik lah, budak." toya habis selamba dia menuturkan. Ada ke patut pindah rumah? I'm fifteen I don't think any of my age's girls have their own house. Kut ya pun, takkan lah aku nak pergi pindah ke rumah ayah kat IM tu kut. Logik lah sikit. Heh.

"Cheh. Buat suspen macam apa je..Alaa akak boleh lah.. Lala tolong nanti. Janji!" tangannya diletakkan di tepi kepala gaya macam angkat sumpah. Tak pun gaya bagi tabik time kawad depan Sarjan. Luar alam betul budak ni. Tapi Aie.... Nape, Aie? Bukan kau suka ke buat kek batik dulu? Suka sangat... Tapi kalau buat kek batik tu, mesti teringat kat.. OKAY. Otak bagi warning siap colour merah lagi. Aku taknak ingat. "Akak tolong buat dadih je. Bila-bila Yah balik nanti suruh lah dia buat. Dia kan terror bab-bab buat benda macam ni." Noktah.

Planner 2011 dibuka. Penuh dengan contengan marker-karyon-pensel-hinglighter-pen-watercolour. Memanglah. Tahun yang paling warna -warni sepanjang aku hidup 16 tahun. Dan, dalam warna-warni tu, terselit juga kisah gelap. Silam. Yang menyakitkan. Betullah kata orang..

The walls we build around us to keep sadness out also keeps out us from joy.

Heh. Betullah. Nak elakkan diri daripada terluka, memang patut pun kena cegah awal-awal. Tapi cegah awal-awal.. alamatnya, takda jugalah kegembiraan. Lipatan sila di atas kerusi dikemaskan. Tanpa sedar Aie mengusap kedua belah tapak tangan ke pipi. Lalu menghembuskan nafas ke telapak tangan. Cheh! macam duduk kat oversea musim winter jeh gayanya. Tapi sungguh.. Sejuk! Ditambah pula otak berselirat fikir masalah negara yang memenatkan saraf-saraf otak untuk berfikir... Aku nilah.. bab-bab bercinta ni memang fail.. Dan tak pandai nak layan perkara-perkara bercinta semua ni. Dan apabila ada orang yang begitu semangat luahkan kata cinta.. Maaflah, simpan jelah ayat jiwang, romeo anda itu.. Aie si anak Mahadi takkan cair dengan kata-kata pitis anda tu.. Pasai Aie ni dah jatuh hati! Siapa gerangannya? Siapa, Aie? Heam, mimpi siang lah Aie. Doa banyak-banyak jelah. Doa dia hantar rombongan merisik jelah. Pasai dia kenal Aie pun tak!

0 comments:

Post a Comment