Breaking News
Loading...
Friday, November 9, 2012

Info Post


Assalamualaikum.
Okay... Pernah tak baca entry Sha yang bertajuk Smokair? Kalau belum, sila klik ini http://hikayaterror.blogspot.com/2012/07/smokair.html
Actually, ramai juga kengkawan yang cakap entry ni boleh tahan (hahaha!perasan minah ni!) dan kalau perasan lah, kat bawah tu Sha tulis bersambung. Dan sha dalam dilemma nak sambungkan dengan apa. Memang peristiwa dah sha rancang baik-baik ada dalam otak, tapi kalau nak menterjemahkan tu, sebenarnya satu hal juga tau.. Nak kasi letak ayat power dan sebagainya.
Okay, as you all know.. Hari ni merupakan first day cuti sekolah akhir tahun yang hampir sebulan.

Cuti sekolah kali ni sha tak rancang apaper pun. cuma nak duduk rumah tok. Nak teman tok pergi kedai. Nak tngok tok siang ayam (kalau orang bandar sah tatau. Siang ni sejenis cara untuk memisahkan ayam dengan bulu-bulunya. Eh? Apaper jelah) Nak jalan-jalan pi pantai, tengok tok jahit baju tok, tengok katalog tok. Petik mempelam tok yang awesome! Dan sebagainya, Heh. Tok sha ni klasik sikit, tapi coolio gila! Yeah

Dan, mengupdate blog merupakan salah satu kerja Sha sebab Sha kan suka menulis, cerpen, diary dan segala bagainya.

Harinii.. Sat gi nak pi walimatulurus Alyssa which is cousin Sha yang lost 17 tahun lepas.*macam drama pulak tapi nilah kenyataan hidup. kan kan*(cakap sorang la kau, Sha) Actually, yang ni lah, mak cakap suruh Sha and Ela jadi pengiring pengantin. Tapi.. Pad


Sambungan~
10.55 a.m. Ahad
Sekarang ni tengah lepak lepak. Yati tengah tengok Condor Hero, Ayah tidur kat sofa, abang and mak teman tok pi kedai dan abang sorang lagi tidur. Ela pergi kelas mengaji. Yah (Aqilah) baru balik SMA Al-maarif pagi tadi. Ada kelas katanya. SPM lohhhh. berasap lagi kepala dia. Umm, pagi esok abang balik BMI. Hujung minggu nanti Yati balik UPM. dan abang Sha sorang lagi tu macam nak pi interviu je gaya.

How's yesterday?

Yeah.. Me, tok and Ela, Mum pi IM 15/39 kenduri my cousin. Selepas hampir sejam sesat di tengah-tengah Bandar IM Baru, barulah sampai.. Si Abah Lysa which is adik mak dah balik dah katanya. Masa sampai tu, susana dah lengang. Cuma sanak saudara duk posing dengan pengantin. Dan adalah dua tiga empat kerat kawan-kawan kak Lysa. Seriously, i've no idea how does Kak Lysa makes friends.. Hampir semuar rambut kawan-kawan dia yang blond. Yang lelaki tak kurangnya. Rambut macam minah saleh blondnya, nak jadi mak salleh eh? Tapi kulit you tu gelap sangat. fail tau dak? secebis takda rupa. Eleh sha, kau apa kurang nya gelap? Eh Sha gelap? mana ada... kulit sha ni sunburn lah.. tengoklah buka sekolah nanti, (selepas terperap dalam rumah hampir dua bulan) mesti bercahaya balik.. Chewwah.. bercahaya, Sha? you ingat you ni Nabi Mmuhammad SAW ke nak bercahaya segala bagai?

Tengah makan tu, Firdaus duduk sebelah Sha, borak-borak dengan kitorang.. tanya tu ni.. Pastu dia tanya Sha.. "Encik Mahadi mana?" Eh, ingat pulak bos awak? "Ayah saya balik kampung.. anak saudara dia kahwin." dua pupu sha lah tu.. yang anak Mek Lah.. kahwin dengan Dayang budak Sarawak.. Adik Kak Nor kawan sepejabat mak.. merangkap adik Zunaidi, ex cikgu Yati. Borak, Lysa pun datang.. cantik bangat baju dia.. nak pakai rasa. Tapi sekali dia pusing belakang, hamboih, spagetti strap nampak tuh! Takpalh, insyaAllah akan sha solat hajat banyak-banyak.. mohon diberikan sinar dan hidayah Islam dalam diri dia.. Takpun suruh ayah nasihat Firdaus tu.. Ayah kan bos firdaus, berani ke Fir nak bantah? Chewwah. Tu lelaki dia, sha, Isteri tanggungan dia. Abang suruh sha cekau mana-mana buku kat cupboard ayah (yang ada unsur Islamiah) balut, bagi dia satgi.. Ah, yeah, satgi kitorang nak pi kenduri kahwin belah keluarga Firdaus pulak.. Mesti ramai budak pejabat ayah datang. Semalam tok bagi hadiah cawan.. Bapaklah besar and berat Sha nak angkat. Pastu tok cakap, lain kali kalau dia datang rumah, tok nak bagi 1 set pingan mangkuk tok.. Sha pun belek sikit.. adalah lah kot dekat RM300.. Tok, kalau Sha kahwin, tok bagi almari pinggan mangkuk sekali dengan 'benda-benda' dalamnya boleh? Haha.

Adik~

Rabu lepas, surat penempatan ke sekolah menengah Ela dah dapat. Guess what?! Dia dapat SMK Beserah. Maunya tak terkejut Sha. And, bukan Sha sorang je yan terkejut tau. Yati, Yah, Abang and mak pun terkejut. (Yati and abang baru tau semalam masa ambil diorang). Mana tak terkejutnya.. Sejak zaman bila pulak budak-budak Kong Min yang melayu, perempuan dapat sekolah penempatan ke SMK Beserah. Sebelum ni sha and yati dapat sekolah SMK TG Afzan jeh. Tappi mengada nak tukar SMKB. Nak jadi anak buah zunaidi. kononya.. konon. Dan Yah siap-siap keluarkan usul nak minta SMA AL Maarif untuk Ela.. Lipat maut adik sha pandang. Tapi yelah, adik nk ambil Bahasa Arab.. boleh lah dia kecek 4 bahasa.. SMKTA pun ada tapi kan.. SMA Al Maarif sounds good.. Tapi boleh tahan ke adik Sha tu? haihhh.. Apaper jelah.

Satgi whole family pi Panching but I'll go Galing Kem for kenduri Kahwin Kak Syiqin!

p/s: Doakan result PMR Sha cemerlang dengan straight A's. Ameen. Dengan izin Allah.
Dan, kalau Sha ada buat salah apaper, hantar chat kat FB. Sha akan call you and minta maaf. Sha risau susah kat padang Mahsyar kelak sebab buat salah kat orang. Arigato kozaimas! olalala
Kawan-kawan sha suruh masukkan gambar dalam blog sha. SO GET FEADY FOR TRANSFORMERS!

0 comments:

Post a Comment