Breaking News
Loading...
Sunday, January 1, 2012

Info Post
Assalamualaikum!!
Jawab! Kalau tak aku kejar sorang-sorang..


Entry kali ni aku buat khas untuk bekas rakan sekelas aku, 2AF

Korang ingat tak
Kita ejek Azly sebab ada sekali tu Azly lalu depan kita, dan nampak baju kat bahagian ketiak dia hitam dan basah. Kita selalu ejek dia pakai sebab tu sampai ade sekali tu dia 'mecok' and cakap sebab dia tu dah matang, tak macam kita, masih budak-budak(?)

Korang ingat tak
Kasut besar Sha melayang masa nak sepak bola dan Cikgu Mad nampak dan beliau gelak? Lepas tu tiap kali PJ korang suruh Sha ikat tali kasut ketat sikit

Korang ingat tak
Tiap kali ternampak Shahairol korang akan panggil Sha dan tiap kali korang nampak Sufi korang akan panggil Myra?


Korang ingat tak
Betapa 'panas' nya tamparan Fatin bila kita main pukul-pukul time PJ?




Korang ingat tak
Macam mana muka kelat budak kelas kita bila cikgu Yurinaliza tanya sorang-sorang maksud perkataan satu persatu dan kita cuak sebab sama-ada cikgu Yuri nak suruh kita keluar dari kelas atau berdiri atas kerusi ataupun dengar khutbah?

Korang ingat tak
Masa Sha bertugas, Aqilla datang kat koperasi dan tanya "Betul ke oreo ni halal? Bukan ke  tanda halal Indonesia tak terima?" Tapi lepas tu, hari-hari dia beli juga oreo.


Korang ingat tak
Pikah and Myra cuak time Maths sebab cikgu Aizan nak check sorang2 sape ade buat salah satu soalan masa pertengahan tahun. Sha nak gelak tengok korang cuak takut kena ketuk kepala.. Haha.. Sorry ea.

Korang ingat tak
Masa waktu BM tu kelas bising and Sha tengah bacakan satu soalan dan sha bengang takda orang dengar, sha tertekan kuat perkatan 'NEGARA' dan kantoi sha takleh sebut huruh 'R' dan Azly ejek sampai sha nangis T.T

Korang ingat tak
Ilyas selalu tak bawak buku KOMSAS sampaikan ada satu ketika tu, Ciku Farha tak tahan dan baling kasut beliau kat Ilyas.

Korang ingat tak
Iffah cakap "Kita menang, sayang" kepada Suraya dengan suara yang penuh gentle dan dramatik sampai kita duk gelak tak ingat dunia



Korang ingat tak
Ada sekali masa Cikgu Aizan suruh kita buat kerja Maths, Azly dengan Nasrul duduk kat belakang sekali, dan Sha and pikah terdengar Azly cakap " Weh Nasrul, maalm ni mu datang ambil tembikai susu kat umah aku ea..." Sejak hari tu kitorang ejek Azly dengan perbualan tu sampai dia mecok.

Korang ingat tak
Masa PS, cikgu Tan keluar kejap, lepas tu Shahidan suruh Sha tunjukkan lukisan Sha yang ni lepas satu kelas gelak sebab jalinan PS sha sama dengan Redzwan punya

Korang ingat tak
Betapa excitednya kitorang sebab first time nampak Syazrul yang mencuka tu senyum?



Korang ingat tak
Masa kita pergi rombongan ke Sekolah Teknik Vokasional, Azly nak lintas jalan sebab nak ambil borang dari ayah dia kat seberang sana, dan masa tu, muka cikgu Aizan berkerut dan risau tengok gaya Azly macam tak reti lintas jalan dan cikgu Aizan membebel selepas itu.

Korang ingat tak
Ada sekali tu, Aiman dengan Nasrul kat tingkat atas(tengah dating kot) berlari ke tandas lelaki sebab kita cakap ade budak bergaduh? lepas tu kita gelak dia sebab kelakar dia lari camtu.


Korang ingat tak
Ada sekali masa Sejarah, Cikgu Sarimah paggil Tanty sebagai Tutti? Dan sejak aritulah Tutti merupakan nama 'baru' Tanty?

Korang ingat tak
Kitorang tipu Aqilla yang masa PJ tu boleh balik awal dan Aqilla percaya! Dia dah separuh jalan nak ke pintu berlakang bersama beg dia..

Korang ingat tak
Muka Aiman yang cuak+bersalah sebab tersepak bola kena Ecah?

Korang ingat tak
Masa form1 Sha, Pikah, Nik, Alya, Fatin, Shamira, Murfiqah dan ramai lagi dari tingkat atas lari tawaf sekolah sampai pondok tepi tangga bilik guru sebab ingat Mak Teh tengah kejar kitorang?


Korang ingat tak
Shakirah yang steady je jawab soalan Maths Cikgu Aizan walaupun cikgu Aizan tengah tunggu jawapan dengan gaya marahnya?


Korang ingat tak
Kitorang conteng buku GSGG Azly dan sorokkan buku BM Azly sebab nak balas dendam?


Korang ingat tak
Sabri yang selalu dating dengan Izzudin.

Korang ingat tak
Masa on the way to padang, Tetibe pikah pusing 360 darjah dan tarik kitorang lalu kat belakang lab sebab nak elakkan diri dari tengok Zaim tengah kawad? Last-last sha ngan Myra je lalu depan diorang manakala ecah and pikah lalu tepi lab. Lepas tu Pikah paggil balik Sha pergi kat dia dan habis kita kene gelak oleh budak-budak kawad.(rasanya)

Korang ingat tak
Betapa rancaknya kita berbual dengan Amy n Azam mengenai Porche dan sebagainya?

Korang ingat tak
Masa Piqah and Myra tolong Sha and Ecah jaga Koperasi masa rehat, ada sorang mamat curi Chipsmore, korang semua terus pergi kat Kak Haryani dan tinggal Sha sorang2 layan pelanggan.

Korang ingat tak
Ecah gaduh dengan Ilyas sambil pukul-baling-barang sebab yang kita tak pasti dan kita hanya duk gelakkk je?


Korang ingat tak
Ecah selalu cakap "Father, dont be silly" kat Nadhirah masa kita tengah lakonkan cerita Rumpelstiltskin walaupun di luar masa lakonan? Bilamana Pikah jadi Mother, Sha jadi King, Nadhirah jadi Father, Myra jadi Nararator dan Ecah jadi Lisa. Dan bila kumpulan Syazrul merupakan kumpulan yang paling kelakar melakonkan watak tersebut sebab Azly yang sebagai King lupa line dia walaupun dia tulis kat tangan dia. Serta, jelas-jelas nampak dia baca baris ayat kat tapak tangan dia masa acting.


Korang ingat tak
yang menurut Kak Haryani,  Amirul Ashraf(Jong@Sembur) suka masuk Koperasi sebab kita bertugas dan dia keluar dengan malunya bila kena usik.

Korang ingat tak
Adik kita yang bernama Afiqah?

Korang ingat tak
Yang kita dipanggil penyanyi jalanan oleh 3 orang budak kelas 2Azam iaitu Aiman, Iwansya dan sape lagi sorang tu.

Korang ingat tak
Bila Shahidan kena duduk kat luar masa Cikgu Yurinaliza, Shahidan kacau Sha, lepas tu Myra suruh tukar tempat dengan Sha and Shahidan cakap "Aik? Sejak bila Sha cat tudung?"

Korang ingat tak
Betapa hebatnya perang kita dengan cucu Zain dan anak Ahmad Zaini?
Yang mengalahkan perang Rusia-Jepun pada tahun 1905.
Kelas menjadi huru-hara mengalahkan semasa Parti Komunis Malaya mentadbir Tanah Melayu.
Dan Cikgu Farha tolong mengamankan kita macam Pertubuhan Tentera British mengamankan Tanah melayu.

Korang ingat tak
Betapa baiknya korang dengan Sha dulu?
Betapa baiknya korang berbaik dengan Sha lepas kes Sha dulu?
Betapa rindunya Sha kat korang, macam Sang perindu merindukan sang kekasihnya?Chewwwaah
Dan korang tahu tak yang Sha sayang sangat kat orang yang pernah Sha kenal selama ni????????




p/s: Korang :
#Syameera Syamine Suhaimi
#Nurul Syafiqah Illyana Mat Nasir
#Nur Aisyah Jamaludin
#2Arif & 2Amanah batch1997 SMKBeserah

0 comments:

Post a Comment