Breaking News
Loading...
Monday, December 26, 2011

Info Post
Assalamualaikum.
Okay, korang tengok gambar ni confirm korang akan tahu post kali ni mengenai apa, kan? (padahal kalau tengok tajuk dah tahu)
Haha. okay. Whatever.
Pagi tadi dalam 2 pagi lebih dua orang abang aku yang baru balik dari seminar yang diadakan di Kuala Lumpur, tapi aku tatau kat mana sebab aku malas care. Heh. Seminar tersebut dinamakan Twins Of Faith or TOF.


Aku bangun seawal jam sebelas pagi lebih setelah dengar bunyi bising mak tengah blend something macam tulah.
p/s: Yelahkan, anak dara abad ke 20 ni semuanya bangun jam 6:30 pagi (macam aku) then sambung tido sampai matahari terpacak atas kepala! Hehe
Okay, back to tajuk entry kali ni. Aku bangun je, terus duduk atas sofa makan kuih cina yang sesat kat atas meja (jatuh dari langit agaknya) sambil tengok tv yang tengah menyiarkan saluran Astro Cerita. Adik aku lah ni gilakan Dragon Ball. Lapuk betul.
Tup-tup abang aku datang sambil bawak pelbagai jenis majalah. Solusi, Anis, Upin Ipin, sticker dan sebagainya. And aku, of course aku pilih untuk baca Majalah Solusi!
And sebenarnya aku tatau awatlah abang aku buat balik Solusi edisi 30 dengan 38 ni. Jarak dia dahla jauh, entah dari mana dia rembat edisi ke 38 ni. Tapi aku bacelah sekadar isi masa lapang aku yang ada daripada aku pergi berus gigi. Aku malas tau nak berus gigi pagi-pagi. So sape yang kahwin dengan aku, jimat ubat gigi dan air.

Pengertia mengumpat:
Bercakap perihal seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut/diketahui dan boleh mendatangkan kemarahan orang tersebut.
Dan jika apa yang diperkatakan itu tidak benar, ia akan bertukar menjadi fitnah.

Dan dalam karangan Ustaz Syed Norhisyam tu, beliau telah menyenaraikan 6 mengumpat yang diharuskan. Okay. Ni dia:
Mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.
Okay, yang ni no comment. Aku rasa ramai yang tahu isi tersiratnya. ;)

Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran
Jika kemungkaran itu melibat ancaman aqidah, maka ia harus.

Untuk meminta Fatwa
daripada mufti seperti isteri menceritakan perbuatan jahat suami beliau dan inginkan nasihat.
Menyelamatkan saudara daripada kejahatan seseorang

Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran mereka
seperti si buta, si tempang kerana mereka

Orang yang terang-terang melakukan kefasiqan.

Okay. Ni je dan aku tak jelaskan dengan terlalu lanjut.
Malas duhh.
Dan walaupun begini, aku rasa masih ada banyak jenis mengumpat yang ada orang telah 'haruskan' nya tanpa secubit rasa bersalah dan tak ramai boleh lari dari mengumpat. So, belajar lah menjadi lebih pendiam.

p/s: Sha, kau pun same!

okaybye Assalam :*

0 comments:

Post a Comment