Breaking News
Loading...
Saturday, March 10, 2012

Info Post
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Chewwah. Sejak bila sahut seruan Dato' Najib ni?
Haha. Okbai.
Entry kali ni aku nak cerita sikit mengenai kejadian yang aku kena hadap setiap bulan.
Before that, this entry sesuai untuk girls cause kaum HAWA je yang dapat memahami apa yang aku rasa. HEHE.

Ceritanya begini.....
Semalam iaitu Jumaat, pagi tu aku rasa lain macam je. Rasa nak marah je (dan aku marah adik aku dah punn). Sampai je kat sekolah rasa makin tak selesa. So aku pergi lah toilet bersama my darling Intimate. Okay. Sah datang. Sebab perut ada rasa sakit senggugut dah. tapi tak kuat mana.
Semuanya okay okay okay dan okay. Sampailah about 40 minit kemudian, rasanya, Ya Allah. Tuhan jelah tahu. Tapi aku still boleh tahan. Tapi masuk bengkel for KH period, sumpah nak berjalan pun tak larat. Amira my classmate suruh berjalan-jalan kasi darah turun tapi sumpah nak bangun pun rasa tak larat.
Cikgu tahu aku tengah senggugut, so cikgu bagilah aku berehat. Actually, dalam hati aku rasa nak balik dah tapi disebabkan nanti dah nak cuti seminggu, homework pun tak ambil lagi.)

Tapi tak lama lepas tu, perut rasa macam buat hal lagi. So, aku pergilah tandas. Nak dekat 15 min sha spend dalam toilet tu. Padahal Islam tak berapa galakkan umatnya duduk dalam tandas lama-lama. kan?
Tengok jam dah pukul 10pagi so aku pun laju keluar dari toilet ke bengkel untuk ambil barang and tunggu Shuhada yang student PK. Duduk kat kantin dah nampak Syazwani and Fatin. Tapi Fiqah and ayu takda lagi. So aku terus duduk tepi ayu. Nasi lemak yang aku beli dari Atikah sumpah tak tarik selera aku langsung. Lepas makan dua sudu tu, aku bagi kat Ayu and suruh dia share dengan budak2 semeja. Sebab aku risau makan masa tengah senggugut ni. Selalu sangat muntah sebab makan banyak. Aku pun mengucaplah banyak-banyak.

Shuhada yang baik hati telah tolong aku beli ice lemon tea. Lepas minum tu rasa okay sikit. Tapi lepas masuk kelas yang tingkat 3 tu... Subhanallah. Sakit yang teramat. "Sabar Sha, masa Maths kat best. Lepas masa maths ni, masa BM 2 masa. cikgu Aida takda. rehatlah masa tu."
Disebabkan cikgu Baizura yang baik hati mengetahui bahawa aku senggugut, beliau pun suruh Sha tido. Shalah tidur sampai ada sekali tu terjaga dek ADLINGG ILYANA yang comel tu kejut kan aku. Bangun je rasa basah. So, aku bawaklah my darling Intimate yang spare part ke toilet. Lepas tukar rasa selesa dan segar sikit. Sakit pun dah takda. So, ingat nak suruh ayah ambil tak jadilah. Aku pun cam biasa naik bas balik rumah.

Dalam pukul 3 petang lepas bangun tidur, kepala rasa macam nak meletup. Hati rasa nak marah je. Ni mesti hormon punya fasal. Dalam pukul 6 tu, mak balik. Mak tanya senggugut ke? Aku pun cakaplah Ya. Mak pun terus keluar bilik. Heam...

Tapi, tak lama lepas tu mak bawa minya panas Alfiat dengan sup peha ayam + rempah ratus +lada hitam. (kaw gila rasa) Lepas minum sup tu, perut pun rasa okay..

**
Penyakit ni aku kena sejak bulan 10 form 1 masa senggugut. Ada ke patut masa aku dengan geng2 aku yang nak dekat 10 orang time tu serbu bilik disiplin untuk jumpa cikgu bertugas iaitu cikgu Rosli, and cikgu Rosli suruh aku kahwin bagi hilangkan penaykit tersebut. Hesh!!

0 comments:

Post a Comment