Breaking News
Loading...
Sunday, May 27, 2012

Info Post
Beg dicampak ke atas kerusi lalu pintu bilik dihempas kuat. Butang baju kemeja dibuka menggunakan sebelah tangan manakala sebelah lagi menarik tie yang telah mengurai macam penganggur cari kerja. Tudung yang tadi kemas didalam kemeja ditarik perlahan melepasi kepala dan badan dihempas di atas katil. Remote controller dicapai. Suhu diturunkan dan udara sejuk mula menyapa badan.
Sejuknya..
Hari ni takda aktiviti koko jadi waktu balik sekolah awal namun bahana kena kejar anjing yang ingat diri ni tulang menguji kesabaran. Kalau masuk pertandingan berlari 300meter sah dapat nombor satu!
Dan yang menambah balanya apabila...


"Sis" Mamat komunis mana yang tegur aku ni..
"Sis, your diary" seorang mamat dengan rambut landak  depan aku tersenyum sambil menghulur sebuah buku berkulit hijau pucuk pisang.
Kepala mula mencerna..
That's my..!!
Laju je buku tu disambar.
"Hari tu kau duduk depan aku. Masa kau bangun buku ni jatuh aku ingat nak biar tapi bila tengok buku tu macam diary aku pun ambil lah takut ada orang baca dan.." yang tiba-tiba ayat bernoktah situ kenapa? Lagipun ada orang tanya ke? "best juga kalau dapat baca diary orang."

Laju je mamat tu kena jeling sedas punya
"Kau baca?!" dan mamat tu hanya tersengih.
"Arghh!!!!" jerit aku tatkala bas betul-betul berhenti depan taman permainan. Dan saat aku melintasi mamat komunis tu, buku log setebal 4 inci dilibas sekuat hati.

Padan lah kau!


Dan sekarang...
Sebelah tangan memicit kepala yang berdeyut manakala sebelah lagi meraba almari yang berada di sudut bilik.
"Ya Allah" rintihnya

"Mana ni.." Tangan masih lagi meraba mencari botol kecil dan mulutnya terkumat-kumit menyebut nama Allah
"Alhamdulillah" tutur kecilnya tatkala apa yang dicari ditemui. Sepantas kilat tangannya membuka penutup botol. Tablet colour pink-red sebanyak dua biji dibawa ke mulut.
I've get enough.


0 comments:

Post a Comment